Corporate Social Responsibility

Sabunku (M) Sdn Bhd. mengiktiraf bahawa perniagaannya mempunyai kesan langsung dan tidak langsung kepada komuniti di mana kami beroperasi. Ketahui bagaimana Sabunku menyumbang ke arah menjadi warga global yang positif.

Sumbangan untuk Rumah Anak-Anak Yatim

 

Rumah Anak Yatim Pemata Rohani

Info lanjut >

 

Rumah Bakti Cahaya Hati

Info lanjut >

Rumah Anak Yatim Permata Rohani

Rumah Amal Permata Rohani(RAPR) merupakan rumah kebajikan yang menaungi seramai 60 orang anak yatim, anak fakir miskin serta anak asnaf zakat (layak menerima zakat). Disamping itu RAPR turut menaungi seramai hampir 100 orang lagi anak-anak dari kelompok yang sama yang merupakan golongan asnaf zakat termasuk anak-anak ‘broken family’. Rumah ini telah diasaskan dan memulakan operasinya dipenghujung tahun 2008. Rumah Amal Permata Rohani kini telah menyewa satu unit rumah teres 2 tingkat yang menempatkan seramai 20 orang anak-anak perempuan, Pusat Kebajikan ini telah didaftarkan dengan nama PUSAT JAGAAN PERMATA ROHANI pada 27hb Februari 2009

Rumah Anak yatim Permata Rohani

Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan, boleh salurkan terus pada akaun Bank di atas. Terima Kasih

 

Rumah Bakti Cahaya Hati

Merupakan sebuah kompleks asrama yang menempatkan seramai lebih 45 orang pelajar. Kesemua mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dikalangan anak-anak miskin, yatim, kurang upaya dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan, pendidikan dan perlindungan mereka.

Rumah amal ini bermula dengan pelajar puteri seramai 27 orang pada Januari 2013. Kini, rumah ini juga menempatkan 16 orang guru dan staff sukarelawan yang berkhidmat sepenuh masa dalam pelbagai tanggungjawab. Untuk pendidikan harian mereka, rumah ini juga digunakan sebagai tempat pengajian asas fardhu ain dan akademik dengan menggunakan pendekatan pendidikan berkonsep “Home Schooling”. Selebihnya, mereka didedahkan pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan bakat dan minat mereka.