Rumah Bakti Cahaya Hati
Merupakan sebuah kompleks asrama yang menempatkan seramai lebih 45 orang pelajar. Kesemua mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dikalangan anak-anak miskin, yatim, kurang upaya dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan, pendidikan dan perlindungan mereka.
Rumah amal ini bermula dengan pelajar puteri seramai 27 orang pada Januari 2013. Kini, rumah ini juga menempatkan 16 orang guru dan staff sukarelawan yang berkhidmat sepenuh masa dalam pelbagai tanggungjawab. Untuk pendidikan harian mereka, rumah ini juga digunakan sebagai tempat pengajian asas fardhu ain dan akademik dengan menggunakan pendekatan pendidikan berkonsep “Home Schooling”. Selebihnya, mereka didedahkan pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan bakat dan minat mereka.